Perdebatan kajian keetnikan Kelompok_etnik

Sehingga baru-baru ini, menurut Thomas Hylland Eriksen, kajian keetnikan dikuasai oleh dua jenis perdebatan:

  • "Primordialisme" lwn "Instrumentalisme": Daripada sudut pandangan penyokong primodialisme, peserta menganggap ikatan etnik secara kolektif sebagai sesuatu yang diberikan dari luar, malahan ikatan sosial yang terpaksa.[9] Sebaliknya, pendekatan para penyokong instrumentalisme memperlakukan keetnikan, terutamanya, sebagai suatu unsur ad-hoc strategi politik yang dipergunakan oleh kelompok sekepentingan untuk mencapai matlamat sekunder, misalnya penambahan kekayaan, kuasa, atau status.[10][11] Perdebatan ini masih merupakan titik rujukan yang penting dalam bidang sains politik, walaupun kebanyakan pendekatan jatuh antara kedua-dua pendapat yang bertentangan itu.[12]
  • "Konstruktivisme" lwn "Esensialisme": Penyokong konstruktivisme memperlihatkan identiti negara dan identiti etnik sebagai hasil daripada pengaruh sejarah, seringnya pengaruh yang baru-baru ini, walau jika identiti itu dikemukakan sebagai identiti lama.[13][14] Sebaliknya, para penyokong esensialisme memperlihatkan identiti sebegini sebagai kategori ontologi yang menentukan pelaku sosial, dan bukan pada dirinya hasil daripada tindakan sosial.[15][16]

Menurut Eriksen lagi, perdebatan tersebut telah digantikan dengan percubaan sarjana, khususnya dalam bidang antropologi, untuk membalas terhadap bentuk swaperlambangan yang semakin dipolitikkan oleh anggota-anggota kelompok etnik dan negara. Perkembangan ini adalah dalam konteks perdebatan tentang faham pelbagai budaya di negara seperti Amerika Syarikat dan Kanada yang mempunyai banyak pendatang daripada budaya yang berbeza, serta juga dalam konteks pascakolonialisme di Caribbean dan Asia Selatan.[17]